Song

Saturday 10 February 2018

PENGENALAN AHLI KUMPULAN


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA, KAMI PELAJAR POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH YANG DIWAKILI OLEH : 




❁ NURUL SYAZNIM BINTI SHAZALI   
(16DAT17F1008)
    ❁ NUR ATIEKAH BINTI MOHAMAD SAEIDON   (16DAT17F1017)
                   ❁ FATIN NORRISH BINTI AMINUDIN
                                        (16DAT17F1021)








KESIMPULAN

NATIJAHNYA, KITA HENDAKLAH MENJAGA KESELAMATAN JIWA DAN NYAWA KITA DENGAN SEBAIK MUNGKIN DAN MENGIKUT SYARIAT ISLAM YANG BENAR. JIKA KITA TIDAK PERNAH ALPA UNTUK MENGINGATI-NYA MAKA KITA AKAN SENTIASA TENANG DALAM MENGHADAPI CUBAAN DAN DUGAAN DI ATAS DUNIA INI DENGAN PENUH SABAR. KITA JUGA HARUSLAH MEMPUNYAI MATLAMAT HIDUP SUPAYA KITA TIDAK AKAN MENSIA-SIAKAN PELUANG YANG ALLAH S.W.T BERIKAN KEPADA KITA UNTUK TERUS BERISTIQAMAH DAN BERUSAHA MENGEJAR CITA-CITA YANG KITA IMPIKAN. SEKIAN DARI KAMI.





KEGIATAN YANG BOLEH MENGANCAM NYAWA

  1. MENGAMBIL ALKOHOL SECARA BERLEBIHAN
  2. MELIBATKAN DIRI DALAM KEGIATAN LUMBA HARAM
  3. TIDAK MEMATUHI PERATURAN DI JALAN RAYA
  4. PENGAMBILAN DADAH YANG BERLEBIHAN
  5. PERBUATAN YANG MENGKHUFURKAN ALLAH S.W.T SEPERTI SIHIR SEHINGGA BOLEH MENGANCAM NYAWA SESEORANG

Sunday 4 February 2018

PANDUAN KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA


Pentingnya umat manusia pada masa kini untuk mengetahui tentang panduan keselamatan di tempat kerja. Setiap pekerjaan memiliki risiko untuk cedera dan menghadapi kecelakaan. Bahkan terdapat beberapa pekerjaan yang memiliki risiki kecederaan yang tinggi.

Islam menetapkan cara-cara untuk menjaga nyawa dan tubuh badan seperti mana banyak diriwayatkan dalam ayat suci Al-Quran dan Hadis nabi bahawa badan manusia mempunyai hak terhadap manusia itu sendiri. 

🎀 DEFINISI 🎀

Keselamatan di tempat kerja ialah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja adalah satu perkara atau peraturan bagi memastikan setiap pekerja bekerja di dalam keadaan selamat dan sihat bagi jangka masa pendek ataupun panjang. 

💖 LANGKAH-LANGKAH MENJAGA KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA 💖

∞ Sentiasa berwaspada (peka terhadap keselamatan)

Mematuhi undang-undang & peraturan keselamatan termasuk papan-papan tanda keselamatan

Jangan melangkaui apa-apa langkah ( jalan pendek )daripada prosedur bekerja yang selamat

🙈 KESIMPULAN 🙈

∞ Natijahnya, amatlah penting untuk kita sebagai umat manusia untuk menjaga keselamatan nyawa & jiwa.Kita tidak seharusnya memandang remeh tentang keselamatan diri di tempat kerja mahupun di mana sahaja. Semoga kita sentiasa dilindungi Allah SWT walau dimana sahaja kita berada. sekian ∽

http://www.academia.edu/4354113/Objektif_Syariah_Maqasid_al-Syariah_Konsep_Dan_Kedudukannya_Sebagai_Teori_Seismograf_Hukum_Islam

HUKUMAN QISAS

MAKSUD :-

🌼 SAMA SEPERTI HUKUMAN HUDUD JUGA, IAITU HUKUMAN YANG TELAH DITENTUKAN OLEH ALLAH S.W.T DI DALAM AL-QURAN DAN HADIS.
🌼 HUKUMAN QISAS IALAH KESALAHAN YANG DIKENAKAN HUKUMAN BALAS.


  1. MEMBUNUH DIBALAS DENGAN BUNUH (NYAWA DIBALAS DENGAN NYAWA).
  2. MELUKAKAN DIBALAS DENGAN MELUKAKAN .
  3. MENCEDERAKAN DIBALAS DENGAN MENCEDERAKAN .
KESALAHAN YANG WAJIB DIKENAKAN HUKUMAN QISAS :-

🍀 MEMBUNUH ORANG LAIN DENGAN SENGAJA .
🍀 MENGHILANGKAN ATAU MENCEDERAKAN SALAH SATU ANGGOTA BADAN ORANG LAIN DENGAN SENGAJA .
🍀 MELUKAKAN ORANG LAIN DENGAN SENGAJA .

DALIL AL-QURAN :-

1. HUKUMAN QISAS MEMBUNUH DENGAN SENGAJA
  • HUKUMAN MEMBUNUH ORANG LAIN DENGAN SENGAJA WAJIB DIKENAKAN HUKUMAN QISAS KE ATAS SI PEMBUNUH DENGAN DIBALAS BUNUH.
FIRMAN ALLAH S.W.T YANG BERMAKSUD ➡

"WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, DIWAJIBKAN KAMU MENJALANKAN HUKUMAN QISAS(BALASAN YANG SEIMBANG) DALAM PERKARA ORANG-ORANG YANG MATI DIBUNUH." (SURAH AL-BAQARAH 2:178)


2. HUKUMAN QISAS MENCEDERAKAN DENGAN SENGAJA
  • HUKUMAN MENGHILANGKAN ATAU MENCEDERAKAN SALAH SATU ANGGOTA BADAN ORANG LAIN ATAU MELUKAKANNYA WAJIB DIBALAS DENGAN HUKUMAN QISAS MENGIKUT KADAR KECEDERAAN ATAU LUKA SESEORANG ITU JUGA MENGIKUT JENIS ANGGOTA YANG DICEDERAKAN DAN DILUKAKAN TADI.
FIRMAN ALLAH S.W.T YANG BERMAKSUD ➡

"DAM KAMI TELAH TETAPKAN ATAS MEREKA DI DALAM KITAB TAURAT ITU, BAHAWASANYA JIWA DIBALAS DENGAN JIWA, DAN MATA DIBALAS DENGAN MATA, DAN HIDUNG DIBALAS DENGAN HIDUNG, DAN TELINGA DIBALAS DENGAN TELINGA, DAN GIGI DIBALAS DENGAN GIGI, DAN LUKA-LUKA JUGA HENDAKLAH DIBALAS(SEIMBANG). TETAPI SESIAPA YANG MELEPASKAN HAK MEMBALASNYA, MAKA MENJADILAH IA PENEBUS DOSA BAGINYA. DAN SESIAPA YANG TIDAK MENGHUKUM DENGAN APA YANG TELAH DITURUNKAN OLEH ALLAH S.W.T, MAKA MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG ZALIM." (SURAH AL-MA'IDAH: 45)

HIKMAH :-

🌷 UNUTK MEMBERI KEADILAN KEPADA UMAT MANUSIA, KERANA QISAS ADALAH SATU HUKUMAN YANG PALING ADIL DAN SAKSAMA. INI KERANA HUKUMAN QISAS MENYAMAI DENGAN JENAYAH YANG TELAH DILAKUKAN, UMPAMANYA SEORANG YANG MEMBUNUH DENGAN SENGAJA AKAN DIKENAKAN HUKUMAN BUNUH.

🌷 DENGAN MELAKSANAKAN HUKUMAN QISAS DAPAT MENCEGAH DAN MENGHALANG ORANG YANG BERCADANG UNTUK MELAKUKAN JENAYAH DARIPADA MENERUSKAN NIAT BURUKNYA. JIKA MEREKA MENGETAHUI BAHAWA HUKUMAN YANG AKAN DITERIMANYA ADALAH BERAT, MENYAMAI DENGAN JENAYAH YANG DILAKUKAN SUDAH TENTU DIA AKAN BERFIKIR DUA TIGA KALI DAN AKHIRNYA AKAN MEMBATALKAN NIAT BURUKNYA ITU.

🌷 UNDANG-UNDANG QISAS DAPAT MEREDAKAN KEMARAHAN DAN DENDAM WARIS-WARIS MANGSA JENAYAH BUNUH. WARIS-WARIS SEPERTI IBUBAPA ATAU ANAK-ANAK MANGSA JENAYAH BUNUH AKAN MERASA LEGA DAN KURANG MARAH JIKA PEMBUNUH ITU DIHUKUM BUNUH JUGA. SEBALIKNYA JIKA PEMBUNUH ITU HANYA DIPENJARA ATAU DIDENDA MAKA WARIS TADI AKAN MENCARI JALAN UNTUK MEMBALAS DENDAM BUKN SAHAJA KEPADA PEMBUNUH BAHKAN BOLEH MENJALAR KEPADA KELUARGA SI PENJENAYAH.

http://drhalimi.blogspot.my/2014/03/maqasid-syariah.html



KESELAMATAN JIWA DAN NYAWA

PENGENALAN

Jiwa & nyawa merupakan anugerah ALLAH SWT yang paling berharga kepada manusia di dunia. Tanpa nyawa , jasad manusia tidak berharga dan tidak mengutamakan keselamatan nyawa & jiwa mereka. ALLAH SWT yang menjadikan semua mahkluk termasuk manusia & ALLAH SWT yang berhak sepenuhnya keatas kejadian tersebut. Dengan ini tiada sesiapa pun yang berhak mencabuli hak mutlak tersebut. Firman ALLAH SWT yang bermaksud :





" Dan sesungguhnya Kami yang menghidupkan yang mematikan; dan Kami yang mempusakai." - Surah Al-Hijr Ayat 23


Sesungguhnya kita sebagai hamba ALLAH SWT yang dicipta dengan sebaik baik kejadian dan tergolong dalam kalangan anak-anak adam. Hanya pencipta sahaja yang dapat mewujudkan kita di muka bumi ini. Maka ALLAH SWT melantik manusia sebagai khalifah dan tunduklah segala apa yang ada di langit dan dibumi kepadaNYA. Berbekalkan iman dan taqwa kepada ALLAH SWT, maka manusia mengabdikan diri kepada ALLAH, memelihara dan berjasa kepada bumi.




" Dan kepunyaan Allah-lah apayang ghaib di langit dan di bumi dan kepadaNYA lah dikembalikan urusan-urusan semuanya, maka sembahlah DIA, dan bertawakal lah kepadaNYA. Dan sekali-kali Tuhanmu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan." - Surah Hud Ayat 123



Nikmat nyawa yang dikurnikan oleh ALLAH SWT adalah suci dan bukan sesuatu yang sia-sia, malah wajib ke atas umat manusia untuk memberi hak dan pemeliharaan yang sempurna kepada nyawa justeru pemeliharaan nyawa adalah penting dalam asas yang  telah disyariatkan dalam Islam.


CARA-CARA MENJAGA KESELAMATAN JIWA & NYAWA

Terdapat beberapa cara untuk menjaga keselamatan nyawa & jiwa . Cara yang pertama ialah menjaga dan memelihara jiwa serta tubuh badan. ia mewajibkan seseorang itu memelihara nyawanya sendiri dan juga nyawa orang lain.

Perkahwinan juga salahsatu cara bagi mengelakkan daripada kelalaian seseorang yang mengabaikan nyawa/jiwa. Ia dapat mengelakkan daripada berlakunya zina dan maksiat

Ziyad Muhammad Ihmidan(2009) menyatakan bahawa perkahwinan ini ialah untuk melahirkan zuriat yang soleh, dan ia tidak akan berlaku jika tidak dididikan tentang pentingnya penjagaan keselamatan jiwa/nyawa.

Segala bentuk tingkahlaku (termasuk makan dan minum) yang boleh menyebabkan tercedera dan terancam jiwa dan nyawa sendiri atau orang lain ditegah dan tidak dibenarkan sama sekali oleh ALLAH SWT.




KESAN-KESAN TIDAK MENJAGA KESELAMATAN JIWA & NYAWA

Disamping itu , dalam islam pembunuhan boleh dilakukan tetapi dengan syarat dan syariat Islam demi untuk mendapat keadilan atau pembunuhan yang dilakukan tanpa sebab-sebab yang dibenarkan oleh syarak, perbuatan tersebut dikategorikan dalam perbuatan yang melibatkan dosa besar. sebagai contoh merujuk dalam potongan ayat dibawah:


" Dan janganlah kamu bunuh manusia yang dilarang Tuhan membunuhmya, melainkan untuk keadilan . Dan siapa yang terbunuh dengan tidak menurut keadilan , maka sesungguhnya Kami berikan kepada warisnya kekuasaan. Maka janganlah dia membunuh melanggar batas; sesungguhnya dia beroleh bantuan." - Surah Al-Isra Ayat 33


Islam juga melarang kita supaya tidak membunuh orang lain kerana berbagai bagai alasan seperti takut miskin atau sebagainya. Contohnya, setengah bangsa mempercayai bahawa membunuh anak kecil supaya keluarga tidak berkembang dapat menyelamatkan keluarga daripada ditimpa kemiskinan atau membunuh anak anak perempuan adalah ditegah dan dilarang dalam Islam.


KESIMPULAN

Kesimpulannya, Islam telah memerintahkan kita menjaga nyawa dan jiwa tidak kira dalam apa keadaan sekalipun. Maka diwajibkan memelihara kesempurnaan dan kepatuhan nya daripada segala bahaya dan ancaman yang cuba merosakkannya supaya kekal sihat dan sempurna agar dapat menunaikan tanggungjawab kepada ALLAH SWT dengan sempurna. Pemeliharaan nyawa adalah salah sau dasar yang utama dalam kehidupan kerana kehidupan didunia adalah jambatan kita menuju ke akhirat. Ajaranya yang sentiasa mempertahankan kesejahteraan dan keselamatan setiap individu tanpa mengira perbezaan darjat dan kedudukan Islam menyebabkan agama ini disanjung tinggi.

https://www.slideshare.net/affwanlokman/maqasid-al-syariah-pengenalan






PENGENALAN MAQASID SYARIYYAH

MAQASID »

🌸 Matlamat, tujuan, objektif, maksud.

SYARIYYAH »

🌸 Syariat Islam atau syariat Allah SWT


Oleh yang demikian , Maqasid Syariyyah bermaksud tujuan atau objektif mengapa Allah / Syariat Islam menurunkan sesuatu hukum.

Ilmu Maqasid Syariyyah adalah suatu cabang ilmu yang penting dalam islam. Ia merupan ilmu yang mengalami perkembangan sebagaimana ilmu yang lain. Ilmu ini adalah asas kepada segala perlakuan dan menjadi dinamo yang menggerakkan aktiviti manusia dalam rangka merealisasikan kepentingan umum iaitu memberi kemanfaatan dan menghindarkan kerosakkan bagi mencapai keredhaan Allah SWT.

Pembaca yang dihormati,

kita perlu memahami maqasid syariyyah dengan kefahaman yang betul dan meyakini bahawa setiap hukum hakam yang diturunkan ole Allah SWT kepada hamba-NYA di muka bumi ini adalah sebaik-baik peraturan. Tujuan Allah SWT menghalalkan sesuatu perkara dan mengharamkan sesuatu benda  adalah mengandungi sebab yang munasabah dan sesuai dengan fikiran yang waras dan fitrah manusia.

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika sembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannyadan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.- (SURAH AL-BAQARAH AYAT 173)
Kesimpulannya, maqasid syariyyah ialah "matlamat -matlamat yang ingin dicapai oleh syariat demi kepentingan umat manusia"

Firman Allah SWT maksudnya :- "Dan tidak Kami utuskanmu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam." (SURAH AL-ANBIYA : 107)



https://en.wikipedia.org/wiki/Maqasid





PENDAHULUAN


ASSALAMUALAIKUM SEBAGAI PEMBUKA BICARA,

BLOG INI MENGISARKAN TENTANG MENJAGA KESELAMATAN JIWA DAN NYAWA SEBAGAI OBJEKTIF PENGURUSAN ISLAM . OBJEKTIF KAJIAN INI DILAKSANAKAN UNTUK MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT TENTANG MEMELIHARA KESELAMATAN JIWA DAN NYAWA DARI SUDUT KONTEKS ISLAM . 

    RINGKASAN BAGI KAJIAN UNTUK TOPIK INI IALAH TENTANG PENTINGNYA BERMAKSUD TUJUAN, NATIJAH ATAU MAKSUD YANG DIKEHENDAKI OLEH SYARAK MELALUI SUMBER DALILNYA MENERUSI AL-QURAN DAN AL-SUNNAH.


    HASIL DARI KAJIAN INI, KAMI DAPAT MEMPELAJARI TENTANG BAGAIMANA YANG SEHARUSNYA KITA AMALKAN DAN PRAKTIKKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN TENTANG MEMELIHARA KESELAMATAN JIWA DAN NYAWA DARI SUDUT ISLAM 💗
Transparent Sexy Pink Heart