Song

Sunday, 4 February 2018

PENGENALAN MAQASID SYARIYYAH

MAQASID »

🌸 Matlamat, tujuan, objektif, maksud.

SYARIYYAH »

🌸 Syariat Islam atau syariat Allah SWT


Oleh yang demikian , Maqasid Syariyyah bermaksud tujuan atau objektif mengapa Allah / Syariat Islam menurunkan sesuatu hukum.

Ilmu Maqasid Syariyyah adalah suatu cabang ilmu yang penting dalam islam. Ia merupan ilmu yang mengalami perkembangan sebagaimana ilmu yang lain. Ilmu ini adalah asas kepada segala perlakuan dan menjadi dinamo yang menggerakkan aktiviti manusia dalam rangka merealisasikan kepentingan umum iaitu memberi kemanfaatan dan menghindarkan kerosakkan bagi mencapai keredhaan Allah SWT.

Pembaca yang dihormati,

kita perlu memahami maqasid syariyyah dengan kefahaman yang betul dan meyakini bahawa setiap hukum hakam yang diturunkan ole Allah SWT kepada hamba-NYA di muka bumi ini adalah sebaik-baik peraturan. Tujuan Allah SWT menghalalkan sesuatu perkara dan mengharamkan sesuatu benda  adalah mengandungi sebab yang munasabah dan sesuai dengan fikiran yang waras dan fitrah manusia.

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika sembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannyadan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.- (SURAH AL-BAQARAH AYAT 173)
Kesimpulannya, maqasid syariyyah ialah "matlamat -matlamat yang ingin dicapai oleh syariat demi kepentingan umat manusia"

Firman Allah SWT maksudnya :- "Dan tidak Kami utuskanmu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam." (SURAH AL-ANBIYA : 107)



https://en.wikipedia.org/wiki/Maqasid





No comments:

Post a Comment

Transparent Sexy Pink Heart