Song

Sunday, 4 February 2018

KESELAMATAN JIWA DAN NYAWA

PENGENALAN

Jiwa & nyawa merupakan anugerah ALLAH SWT yang paling berharga kepada manusia di dunia. Tanpa nyawa , jasad manusia tidak berharga dan tidak mengutamakan keselamatan nyawa & jiwa mereka. ALLAH SWT yang menjadikan semua mahkluk termasuk manusia & ALLAH SWT yang berhak sepenuhnya keatas kejadian tersebut. Dengan ini tiada sesiapa pun yang berhak mencabuli hak mutlak tersebut. Firman ALLAH SWT yang bermaksud :





" Dan sesungguhnya Kami yang menghidupkan yang mematikan; dan Kami yang mempusakai." - Surah Al-Hijr Ayat 23


Sesungguhnya kita sebagai hamba ALLAH SWT yang dicipta dengan sebaik baik kejadian dan tergolong dalam kalangan anak-anak adam. Hanya pencipta sahaja yang dapat mewujudkan kita di muka bumi ini. Maka ALLAH SWT melantik manusia sebagai khalifah dan tunduklah segala apa yang ada di langit dan dibumi kepadaNYA. Berbekalkan iman dan taqwa kepada ALLAH SWT, maka manusia mengabdikan diri kepada ALLAH, memelihara dan berjasa kepada bumi.




" Dan kepunyaan Allah-lah apayang ghaib di langit dan di bumi dan kepadaNYA lah dikembalikan urusan-urusan semuanya, maka sembahlah DIA, dan bertawakal lah kepadaNYA. Dan sekali-kali Tuhanmu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan." - Surah Hud Ayat 123



Nikmat nyawa yang dikurnikan oleh ALLAH SWT adalah suci dan bukan sesuatu yang sia-sia, malah wajib ke atas umat manusia untuk memberi hak dan pemeliharaan yang sempurna kepada nyawa justeru pemeliharaan nyawa adalah penting dalam asas yang  telah disyariatkan dalam Islam.


CARA-CARA MENJAGA KESELAMATAN JIWA & NYAWA

Terdapat beberapa cara untuk menjaga keselamatan nyawa & jiwa . Cara yang pertama ialah menjaga dan memelihara jiwa serta tubuh badan. ia mewajibkan seseorang itu memelihara nyawanya sendiri dan juga nyawa orang lain.

Perkahwinan juga salahsatu cara bagi mengelakkan daripada kelalaian seseorang yang mengabaikan nyawa/jiwa. Ia dapat mengelakkan daripada berlakunya zina dan maksiat

Ziyad Muhammad Ihmidan(2009) menyatakan bahawa perkahwinan ini ialah untuk melahirkan zuriat yang soleh, dan ia tidak akan berlaku jika tidak dididikan tentang pentingnya penjagaan keselamatan jiwa/nyawa.

Segala bentuk tingkahlaku (termasuk makan dan minum) yang boleh menyebabkan tercedera dan terancam jiwa dan nyawa sendiri atau orang lain ditegah dan tidak dibenarkan sama sekali oleh ALLAH SWT.




KESAN-KESAN TIDAK MENJAGA KESELAMATAN JIWA & NYAWA

Disamping itu , dalam islam pembunuhan boleh dilakukan tetapi dengan syarat dan syariat Islam demi untuk mendapat keadilan atau pembunuhan yang dilakukan tanpa sebab-sebab yang dibenarkan oleh syarak, perbuatan tersebut dikategorikan dalam perbuatan yang melibatkan dosa besar. sebagai contoh merujuk dalam potongan ayat dibawah:


" Dan janganlah kamu bunuh manusia yang dilarang Tuhan membunuhmya, melainkan untuk keadilan . Dan siapa yang terbunuh dengan tidak menurut keadilan , maka sesungguhnya Kami berikan kepada warisnya kekuasaan. Maka janganlah dia membunuh melanggar batas; sesungguhnya dia beroleh bantuan." - Surah Al-Isra Ayat 33


Islam juga melarang kita supaya tidak membunuh orang lain kerana berbagai bagai alasan seperti takut miskin atau sebagainya. Contohnya, setengah bangsa mempercayai bahawa membunuh anak kecil supaya keluarga tidak berkembang dapat menyelamatkan keluarga daripada ditimpa kemiskinan atau membunuh anak anak perempuan adalah ditegah dan dilarang dalam Islam.


KESIMPULAN

Kesimpulannya, Islam telah memerintahkan kita menjaga nyawa dan jiwa tidak kira dalam apa keadaan sekalipun. Maka diwajibkan memelihara kesempurnaan dan kepatuhan nya daripada segala bahaya dan ancaman yang cuba merosakkannya supaya kekal sihat dan sempurna agar dapat menunaikan tanggungjawab kepada ALLAH SWT dengan sempurna. Pemeliharaan nyawa adalah salah sau dasar yang utama dalam kehidupan kerana kehidupan didunia adalah jambatan kita menuju ke akhirat. Ajaranya yang sentiasa mempertahankan kesejahteraan dan keselamatan setiap individu tanpa mengira perbezaan darjat dan kedudukan Islam menyebabkan agama ini disanjung tinggi.

https://www.slideshare.net/affwanlokman/maqasid-al-syariah-pengenalan






No comments:

Post a Comment

Transparent Sexy Pink Heart