🌼 SAMA SEPERTI HUKUMAN HUDUD JUGA, IAITU HUKUMAN YANG TELAH DITENTUKAN OLEH ALLAH S.W.T DI DALAM AL-QURAN DAN HADIS.
🌼 HUKUMAN QISAS IALAH KESALAHAN YANG DIKENAKAN HUKUMAN BALAS.
- MEMBUNUH DIBALAS DENGAN BUNUH (NYAWA DIBALAS DENGAN NYAWA).
- MELUKAKAN DIBALAS DENGAN MELUKAKAN .
- MENCEDERAKAN DIBALAS DENGAN MENCEDERAKAN .
🍀 MEMBUNUH ORANG LAIN DENGAN SENGAJA .
🍀 MENGHILANGKAN ATAU MENCEDERAKAN SALAH SATU ANGGOTA BADAN ORANG LAIN DENGAN SENGAJA .
🍀 MELUKAKAN ORANG LAIN DENGAN SENGAJA .
DALIL AL-QURAN :-
1. HUKUMAN QISAS MEMBUNUH DENGAN SENGAJA
- HUKUMAN MEMBUNUH ORANG LAIN DENGAN SENGAJA WAJIB DIKENAKAN HUKUMAN QISAS KE ATAS SI PEMBUNUH DENGAN DIBALAS BUNUH.
"WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, DIWAJIBKAN KAMU MENJALANKAN HUKUMAN QISAS(BALASAN YANG SEIMBANG) DALAM PERKARA ORANG-ORANG YANG MATI DIBUNUH." (SURAH AL-BAQARAH 2:178)
2. HUKUMAN QISAS MENCEDERAKAN DENGAN SENGAJA
- HUKUMAN MENGHILANGKAN ATAU MENCEDERAKAN SALAH SATU ANGGOTA BADAN ORANG LAIN ATAU MELUKAKANNYA WAJIB DIBALAS DENGAN HUKUMAN QISAS MENGIKUT KADAR KECEDERAAN ATAU LUKA SESEORANG ITU JUGA MENGIKUT JENIS ANGGOTA YANG DICEDERAKAN DAN DILUKAKAN TADI.
"DAM KAMI TELAH TETAPKAN ATAS MEREKA DI DALAM KITAB TAURAT ITU, BAHAWASANYA JIWA DIBALAS DENGAN JIWA, DAN MATA DIBALAS DENGAN MATA, DAN HIDUNG DIBALAS DENGAN HIDUNG, DAN TELINGA DIBALAS DENGAN TELINGA, DAN GIGI DIBALAS DENGAN GIGI, DAN LUKA-LUKA JUGA HENDAKLAH DIBALAS(SEIMBANG). TETAPI SESIAPA YANG MELEPASKAN HAK MEMBALASNYA, MAKA MENJADILAH IA PENEBUS DOSA BAGINYA. DAN SESIAPA YANG TIDAK MENGHUKUM DENGAN APA YANG TELAH DITURUNKAN OLEH ALLAH S.W.T, MAKA MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG ZALIM." (SURAH AL-MA'IDAH: 45)
HIKMAH :-
🌷 UNUTK MEMBERI KEADILAN KEPADA UMAT MANUSIA, KERANA QISAS ADALAH SATU HUKUMAN YANG PALING ADIL DAN SAKSAMA. INI KERANA HUKUMAN QISAS MENYAMAI DENGAN JENAYAH YANG TELAH DILAKUKAN, UMPAMANYA SEORANG YANG MEMBUNUH DENGAN SENGAJA AKAN DIKENAKAN HUKUMAN BUNUH.
🌷 DENGAN MELAKSANAKAN HUKUMAN QISAS DAPAT MENCEGAH DAN MENGHALANG ORANG YANG BERCADANG UNTUK MELAKUKAN JENAYAH DARIPADA MENERUSKAN NIAT BURUKNYA. JIKA MEREKA MENGETAHUI BAHAWA HUKUMAN YANG AKAN DITERIMANYA ADALAH BERAT, MENYAMAI DENGAN JENAYAH YANG DILAKUKAN SUDAH TENTU DIA AKAN BERFIKIR DUA TIGA KALI DAN AKHIRNYA AKAN MEMBATALKAN NIAT BURUKNYA ITU.
🌷 UNDANG-UNDANG QISAS DAPAT MEREDAKAN KEMARAHAN DAN DENDAM WARIS-WARIS MANGSA JENAYAH BUNUH. WARIS-WARIS SEPERTI IBUBAPA ATAU ANAK-ANAK MANGSA JENAYAH BUNUH AKAN MERASA LEGA DAN KURANG MARAH JIKA PEMBUNUH ITU DIHUKUM BUNUH JUGA. SEBALIKNYA JIKA PEMBUNUH ITU HANYA DIPENJARA ATAU DIDENDA MAKA WARIS TADI AKAN MENCARI JALAN UNTUK MEMBALAS DENDAM BUKN SAHAJA KEPADA PEMBUNUH BAHKAN BOLEH MENJALAR KEPADA KELUARGA SI PENJENAYAH.
↪http://drhalimi.blogspot.my/2014/03/maqasid-syariah.html
No comments:
Post a Comment